NILAI MURNI
-Jelas tergambar nilai murni dalam novel ini
ialah kasih sayang Azfa Hanani.Sebagai
seoarang anak saudara dan sepupu kepada
ahli keluarga bapa saudarany,dia
menyayangi mereka seperti keluarga
sendiri,dan sanggup melakukan apa-apa
sahaja demi kepentingan keluarganya itu
- Kasih sayang anak dan menantu kepada ibu
dan menantu.Hal ini dikaitkan dengan
perlakuan Abang Mazran dan Kak Finaz
kepada Datin Maziah.
1)KASIH -Terdapat juga kasih sayang antara sahabat
SAYANG dengan sahabat,iaitu kasih sayang Azfa
Hanani kepada rakan-rakannya di SMSD
dan di SMTS.
- Kasih sayang antara remaja perempuan
dengan remaja lelaki pula dapat dilihat
dengan jelas melalui hubungan yang cuba
dijalin oleh Azfa Hanani dengan Ekran.
- Kasih sayang sesama manusia pula wujud
dengan paparan insiden kesediaan Datin
Maziah menyusui Azfa Hanani di lokasi
kemalangan jalan raya dan kebaikan Abang
Mazran terhadap Zuraini yang lumpuh.
- Kesediaan diri mengakui kesilapan agak
menonjol dalam novel ini.Peristiwa yang
paling jelas tentunya membabitkan sikap
Azfa Hanani yang sedar bahawa dia tersilap
mencuri buku rujukan SPM di perpustakaan
SMSD.
2) MENGAKUI - Amalan nilai murni turut dilakukan oleh
KESALAHAN Tengku Datuk Makmur.Orang kaya itu
berani mengaku kepada Azfa Hanani bahawa
dialah punca kemalangan yang meragut
nyawa ayah dan ibu remaja itu.Datin Maziah
juga mengakui kesilapannya menghalau Azfa
Hanani dari banglonya.
- Fuziana dan Syafikah pula mengakui
kesilapannya berkawan dan mengikut
telunjuk Laili secara membabi buta.Tidak
ketinggalan mengamalkan nilai murni ini
ialah Abang Muzaffar apabila dia mula
mengubah tanggapannya terhadap Ekran.
- Amalan memaafkan kesalahan orang lain
terdapat pada diri Azfa Hanani,Ekran,dan
Ellina.Walaupun dikasari Tengku datuk
Makmur,Datin Maziah,Fuziana,Syafikah,dan
Abang Muzaffar,Azfa Hanani masih mampu
memaafkan semua individu tersebut.Dia masih
mampu berbaik-baik semula dengan mereka,
malah kembali ke rumah Tengku Datuk
Makmur setelah dipujuk dalam satu
perbincangan di jeram di Kampung Merpati.
MEMAAFKAN
ORANG LAIN
- Ekran pula bersedia berbaik-baik dengan
Abang Muzaffar biarpun pemuda berkenaan
pernah membakar gerai burgernya yang
memperlihatkan permusuhan yang panjang
sebelum itu.Ellina yang kerap menghadapi
serangan emosi bersedia memaafkan tiga gadis
Glamour Girls penhujung cerita.
No comments:
Post a Comment