Total Pageviews

Monday 19 September 2011

Azfa Hanani

   Watak utama dalam sebuah novel amat penting dalam menghidupkan sebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua keistimewaan watak tersebut.                      (7 markah)  
         Berdasarkan novel saya kaji iaitu Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.Terdapat dua keistimewaaan watak di dalamnya.
        Watak utama dalam novel tersebut ialah Azfa Hanani. Keistimewaan Azfa Hanani ialah beliau tidak sombong. Contohya, walaupun beliau tinggal dengan selesa dan mewah di rumah Datin Maziah, dia tidak lupa akan asal dirinya. Dia berkawan dengan sesiapa dan seboleh-bolehnya mahu dipanggil dengan nama sebenarnya. Dia juga tidak lupa akan keluarga bapa saudaranya di kampung. Dia mengirimkan wang kepada keluarganya itu setiap bulan.

    Selain itu,dia juga seorang yang penyayang. Contohnya, dia selalu menyayangi sepupu-pupunya, terutamanya Zahidin yang sangat rapat dengannya.Dengan sifat penyayangnya itu, Zahidin selalu mengigau menyebut namanya sepanjang dia berada di Kuala Lumpur.

 


No comments:

Post a Comment