Total Pageviews

Monday 3 October 2011

peribahsa

       PERIBAHASA
Ø SIMPULAN BAHASA
Ø PERUMPAMAAN
Ø PEPATAH
Ø BIDALAN
Ø KATA-KATA HIKMAH

  ARAHAN: Senaraikan lima jenis peribahasa
                     mengikut jenis-jenis peribahasa
                     berikut:

·       SIMPULAN BAHASA
Maksud: Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

1) ada hati

Ø Mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu.

2) ajak-ajak ayam

Ø Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang.

3) alas perut

Ø Makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan.

4) atas pagar

Ø Tidak menyebelahi mana-mana pihak.

5) bulat hati

Ø Bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu, sudah nekad.

·       PERUMPAMAAN
Maksud: susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.

1)Bagai aur dengan tebing                            
Ø Tolong –menolong antara satu dengan yang lain.
  

2) Bagai bunyi cempedak jatuh
Ø Bunyi jatuh yang kuat.

3) Bagai kacang melupakan kulit  
Ø orang yang tidak tahu mengenang  
budi.

4) Bagai pinang dibelah dua/ Seperti      
    Cincin dengan permata
·       Pasangan yang sama padan dan sama cantik.

                   5) Seperti kera mendapat bunga
Ø Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.

·       PEPATAH
Maksud: susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.


1)      Biar putih tulang, jangan putih
mata.
Ø Makna: Lebih baik mati daripada                               
                       menanggung malu.
2)      Di mana bumi dipijak, di situ langit
     dijunjung.
Ø Makna: Hendaklah kita menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
3)      Diluar bagai madu, di dalam bagai  
     Hempedu.
Ø Makna: Lahirnya baik, batinnya
             jahat.     
                  4) Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Ø Makna: Ingin mendapat sebanyak-
                                            banyaknya,berbesar hati.




 5)Banyak udang banyak garam, banyak  
     orang banyak ragam.
Ø Makna: Tiap-tiap orang mempunyai pendapat dan
kemahuan sendiri.

·       BIDALAN  
Maksud: Susunan kata-kata
               yang telah digunakan
               umum dalam
               masyarakat melayu.
               Di dalam bidalan
               terkandung
               perbandingan,teladan,
               dan pengajaran.

Ø Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.                 (Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha)


Ø Belum duduk sudah berlunjur (Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira)

Ø Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut      (Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan)

Ø Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak.                         (Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap)



Ø Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai (Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai)




KATA-KATA HIKMAH

Maksud: Merupakan kata-kata
               mutiara indah yang
               sesuai dijadikan   
               motivasi dan pengisian
               jiwa.


Ø Kita perlu menerima kesalahan apabila ia berpunca dari diri sendiri. Semoga ia akan menjadikan kita lebih berhati-hati untuk membuat keputusan pada masa akan datang
Ø Jangan terus leka apabila diberi kekayaan. Teruskan ketakwaan dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa
Ø Ilmu yang bermanfaat hanyalah ilmu yang membimbingmu kepada kebaikan. Adapun ilmu yang tidak bermanfaat hanya menyebabkan dirimu tidak takutkan Allah, hari akhirat dan tidak membuatkan dirimu mengharapkan rahmat dari Nya. Maka itu adalah ilmu yang sesat dan merosakkan.

Ø Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.
Ø Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

             







  
    
 

KES PERAGUT











Oleh: Nor Adilla Shafierah Binti Che Lah @ Che Man
                                  Tingkatan: 4 Mawar

BAHAGIAN ( B) BAB 10: PENDAPAT/PERBINCANGAN / ULASAN

Kebelakangan ini kejadian jenayah ragut semakin menjadi-jadi .Malah masalah ini semakin serius. Gejala ini amat membimbangkan orang ramai terutamanya golongan wanita kerana golongan ini sentiasa menjadi sasaran peragut.
Berikan pendapat anda mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah jenayah ragut daripada terus berleluasa.


    Di Malaysia, berdasarkan statistik polis  bahawa peratus  jenayah ragut semakin meningkat iaitu kepada 99 peratus. Ini menyebabkan keselamatan golongan wanita tidak terjamin kerana mereka yang selalu menjadi sasaran penjenayah ragut. Masalah ini merupakan satu fenomena yang perlu dipandang serius oleh masyarakat di negara ini kerana masalah ini juga sering berlaku kepada golongan warga emas. Kita mestilah berganding bahu bagi banteras penjenayah ragut.

    Cara-cara untuk mencegah jenayah ragut daripada terus berleluasa ialah dengan penguatkuasan undang-undang yang lebih tegas. Pejenayah ragut harus dikenakan denda dan hukuman yang sewajarnya. Selain itu, pesalah jenayah ragut patut dipenjarakan dan dijatuhi hukuman sebatan mandatori. Penguatkuasaan sebegini akan menjadi teladan kepada penjenayah lain.

    Di samping itu,cara yang berkesan untuk banteras jenayah tersebut ialah dengan memasangkan kamera litar tertutup. Dengan itu,pihak berkuasa harus menyiapkan pemasangan kamera litar tertutup (Closed-circuit television-CCTY)di tempat-tempat awam. Di kawasan yang sering berlaku jenayah ragut ialah tempat sunyi dimana tiada orang di situ. Pemasangan CCTV akan memudahkan pemantauan pihak polis dan menjadi bahan bukti di mahkamah nanti.

    Kita hendaklah memupuk semangat kesedaran terutamanya golongan wanita supaya mengamalkan sikap berhati-hati setiap masa terutamanya ketika memlalui jalan yang sunyi . Selain itu, jangan membawa terlalu banyak wang tunai atau barang kemas. Golongan wanita mesti memastikan beg atau tas tangan dibawa secara terkawal dengan diletakkan di hadapan atau di tempat ynag selamat. Di sampaing itu, wanita yang menunggang motosikal atau memandu dinasihatkan agar tidak meletak beg tangan di dalam raga motor atau di tempat duduk yang boleh dilihat oleh penjenayah. Oleh itu, bawa kad ATM atau kad kredit sahaja.