Total Pageviews

Monday 3 October 2011

KES PERAGUT











Oleh: Nor Adilla Shafierah Binti Che Lah @ Che Man
                                  Tingkatan: 4 Mawar

BAHAGIAN ( B) BAB 10: PENDAPAT/PERBINCANGAN / ULASAN

Kebelakangan ini kejadian jenayah ragut semakin menjadi-jadi .Malah masalah ini semakin serius. Gejala ini amat membimbangkan orang ramai terutamanya golongan wanita kerana golongan ini sentiasa menjadi sasaran peragut.
Berikan pendapat anda mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah jenayah ragut daripada terus berleluasa.


    Di Malaysia, berdasarkan statistik polis  bahawa peratus  jenayah ragut semakin meningkat iaitu kepada 99 peratus. Ini menyebabkan keselamatan golongan wanita tidak terjamin kerana mereka yang selalu menjadi sasaran penjenayah ragut. Masalah ini merupakan satu fenomena yang perlu dipandang serius oleh masyarakat di negara ini kerana masalah ini juga sering berlaku kepada golongan warga emas. Kita mestilah berganding bahu bagi banteras penjenayah ragut.

    Cara-cara untuk mencegah jenayah ragut daripada terus berleluasa ialah dengan penguatkuasan undang-undang yang lebih tegas. Pejenayah ragut harus dikenakan denda dan hukuman yang sewajarnya. Selain itu, pesalah jenayah ragut patut dipenjarakan dan dijatuhi hukuman sebatan mandatori. Penguatkuasaan sebegini akan menjadi teladan kepada penjenayah lain.

    Di samping itu,cara yang berkesan untuk banteras jenayah tersebut ialah dengan memasangkan kamera litar tertutup. Dengan itu,pihak berkuasa harus menyiapkan pemasangan kamera litar tertutup (Closed-circuit television-CCTY)di tempat-tempat awam. Di kawasan yang sering berlaku jenayah ragut ialah tempat sunyi dimana tiada orang di situ. Pemasangan CCTV akan memudahkan pemantauan pihak polis dan menjadi bahan bukti di mahkamah nanti.

    Kita hendaklah memupuk semangat kesedaran terutamanya golongan wanita supaya mengamalkan sikap berhati-hati setiap masa terutamanya ketika memlalui jalan yang sunyi . Selain itu, jangan membawa terlalu banyak wang tunai atau barang kemas. Golongan wanita mesti memastikan beg atau tas tangan dibawa secara terkawal dengan diletakkan di hadapan atau di tempat ynag selamat. Di sampaing itu, wanita yang menunggang motosikal atau memandu dinasihatkan agar tidak meletak beg tangan di dalam raga motor atau di tempat duduk yang boleh dilihat oleh penjenayah. Oleh itu, bawa kad ATM atau kad kredit sahaja.

No comments:

Post a Comment