Total Pageviews

Monday 3 October 2011

peribahsa

       PERIBAHASA
Ø SIMPULAN BAHASA
Ø PERUMPAMAAN
Ø PEPATAH
Ø BIDALAN
Ø KATA-KATA HIKMAH

  ARAHAN: Senaraikan lima jenis peribahasa
                     mengikut jenis-jenis peribahasa
                     berikut:

·       SIMPULAN BAHASA
Maksud: Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

1) ada hati

Ø Mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu.

2) ajak-ajak ayam

Ø Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang.

3) alas perut

Ø Makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan.

4) atas pagar

Ø Tidak menyebelahi mana-mana pihak.

5) bulat hati

Ø Bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu, sudah nekad.

·       PERUMPAMAAN
Maksud: susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.

1)Bagai aur dengan tebing                            
Ø Tolong –menolong antara satu dengan yang lain.
  

2) Bagai bunyi cempedak jatuh
Ø Bunyi jatuh yang kuat.

3) Bagai kacang melupakan kulit  
Ø orang yang tidak tahu mengenang  
budi.

4) Bagai pinang dibelah dua/ Seperti      
    Cincin dengan permata
·       Pasangan yang sama padan dan sama cantik.

                   5) Seperti kera mendapat bunga
Ø Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.

·       PEPATAH
Maksud: susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.


1)      Biar putih tulang, jangan putih
mata.
Ø Makna: Lebih baik mati daripada                               
                       menanggung malu.
2)      Di mana bumi dipijak, di situ langit
     dijunjung.
Ø Makna: Hendaklah kita menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
3)      Diluar bagai madu, di dalam bagai  
     Hempedu.
Ø Makna: Lahirnya baik, batinnya
             jahat.     
                  4) Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Ø Makna: Ingin mendapat sebanyak-
                                            banyaknya,berbesar hati.




 5)Banyak udang banyak garam, banyak  
     orang banyak ragam.
Ø Makna: Tiap-tiap orang mempunyai pendapat dan
kemahuan sendiri.

·       BIDALAN  
Maksud: Susunan kata-kata
               yang telah digunakan
               umum dalam
               masyarakat melayu.
               Di dalam bidalan
               terkandung
               perbandingan,teladan,
               dan pengajaran.

Ø Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.                 (Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha)


Ø Belum duduk sudah berlunjur (Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira)

Ø Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut      (Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan)

Ø Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak.                         (Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap)



Ø Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai (Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai)




KATA-KATA HIKMAH

Maksud: Merupakan kata-kata
               mutiara indah yang
               sesuai dijadikan   
               motivasi dan pengisian
               jiwa.


Ø Kita perlu menerima kesalahan apabila ia berpunca dari diri sendiri. Semoga ia akan menjadikan kita lebih berhati-hati untuk membuat keputusan pada masa akan datang
Ø Jangan terus leka apabila diberi kekayaan. Teruskan ketakwaan dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa
Ø Ilmu yang bermanfaat hanyalah ilmu yang membimbingmu kepada kebaikan. Adapun ilmu yang tidak bermanfaat hanya menyebabkan dirimu tidak takutkan Allah, hari akhirat dan tidak membuatkan dirimu mengharapkan rahmat dari Nya. Maka itu adalah ilmu yang sesat dan merosakkan.

Ø Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.
Ø Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

             







  
    
 

KES PERAGUT











Oleh: Nor Adilla Shafierah Binti Che Lah @ Che Man
                                  Tingkatan: 4 Mawar

BAHAGIAN ( B) BAB 10: PENDAPAT/PERBINCANGAN / ULASAN

Kebelakangan ini kejadian jenayah ragut semakin menjadi-jadi .Malah masalah ini semakin serius. Gejala ini amat membimbangkan orang ramai terutamanya golongan wanita kerana golongan ini sentiasa menjadi sasaran peragut.
Berikan pendapat anda mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah jenayah ragut daripada terus berleluasa.


    Di Malaysia, berdasarkan statistik polis  bahawa peratus  jenayah ragut semakin meningkat iaitu kepada 99 peratus. Ini menyebabkan keselamatan golongan wanita tidak terjamin kerana mereka yang selalu menjadi sasaran penjenayah ragut. Masalah ini merupakan satu fenomena yang perlu dipandang serius oleh masyarakat di negara ini kerana masalah ini juga sering berlaku kepada golongan warga emas. Kita mestilah berganding bahu bagi banteras penjenayah ragut.

    Cara-cara untuk mencegah jenayah ragut daripada terus berleluasa ialah dengan penguatkuasan undang-undang yang lebih tegas. Pejenayah ragut harus dikenakan denda dan hukuman yang sewajarnya. Selain itu, pesalah jenayah ragut patut dipenjarakan dan dijatuhi hukuman sebatan mandatori. Penguatkuasaan sebegini akan menjadi teladan kepada penjenayah lain.

    Di samping itu,cara yang berkesan untuk banteras jenayah tersebut ialah dengan memasangkan kamera litar tertutup. Dengan itu,pihak berkuasa harus menyiapkan pemasangan kamera litar tertutup (Closed-circuit television-CCTY)di tempat-tempat awam. Di kawasan yang sering berlaku jenayah ragut ialah tempat sunyi dimana tiada orang di situ. Pemasangan CCTV akan memudahkan pemantauan pihak polis dan menjadi bahan bukti di mahkamah nanti.

    Kita hendaklah memupuk semangat kesedaran terutamanya golongan wanita supaya mengamalkan sikap berhati-hati setiap masa terutamanya ketika memlalui jalan yang sunyi . Selain itu, jangan membawa terlalu banyak wang tunai atau barang kemas. Golongan wanita mesti memastikan beg atau tas tangan dibawa secara terkawal dengan diletakkan di hadapan atau di tempat ynag selamat. Di sampaing itu, wanita yang menunggang motosikal atau memandu dinasihatkan agar tidak meletak beg tangan di dalam raga motor atau di tempat duduk yang boleh dilihat oleh penjenayah. Oleh itu, bawa kad ATM atau kad kredit sahaja.

Friday 23 September 2011

Azfa Hanani (Nilai Murni dan Pengajaran)

NILAI MURNI
                                

                            -Jelas tergambar nilai murni dalam novel ini
                                      ialah kasih sayang Azfa Hanani.Sebagai
                                      seoarang anak saudara dan sepupu kepada
                                      ahli keluarga bapa saudarany,dia 
                                      menyayangi mereka seperti keluarga 
                                      sendiri,dan sanggup melakukan apa-apa 
                                      sahaja demi kepentingan keluarganya itu


                                    - Kasih sayang anak dan menantu kepada ibu
                                      dan menantu.Hal ini dikaitkan dengan
                                      perlakuan Abang Mazran dan Kak Finaz  
                                      kepada Datin Maziah.


 1)KASIH                   -Terdapat juga kasih sayang antara sahabat
    SAYANG                 dengan sahabat,iaitu kasih sayang Azfa 
                                      Hanani kepada rakan-rakannya di SMSD
                                     dan di SMTS.
                                                     
                                  -  Kasih sayang antara remaja perempuan
                                     dengan remaja lelaki pula dapat dilihat
                                     dengan jelas melalui hubungan yang  cuba
                                     dijalin oleh Azfa Hanani dengan Ekran.

                                  - Kasih sayang sesama manusia pula wujud
                                     dengan paparan insiden kesediaan Datin 
                                     Maziah menyusui Azfa Hanani di lokasi 
                                     kemalangan jalan raya dan kebaikan Abang 
                                     Mazran terhadap Zuraini yang lumpuh.



                                  - Kesediaan diri mengakui kesilapan agak
                                      menonjol dalam novel ini.Peristiwa yang
                                    paling jelas tentunya membabitkan sikap
                                    Azfa Hanani yang sedar bahawa dia tersilap
                                    mencuri buku rujukan SPM di perpustakaan
                                    SMSD.

2) MENGAKUI        - Amalan nilai murni turut dilakukan oleh
    KESALAHAN        Tengku Datuk Makmur.Orang kaya itu
                                    berani mengaku kepada Azfa Hanani bahawa
                                    dialah punca kemalangan yang meragut
                                    nyawa ayah dan ibu remaja itu.Datin Maziah
                                    juga mengakui kesilapannya menghalau Azfa
                                    Hanani dari banglonya.

                                  - Fuziana dan Syafikah pula mengakui
                                    kesilapannya berkawan dan mengikut
                                    telunjuk Laili secara membabi buta.Tidak
                                    ketinggalan mengamalkan nilai murni ini 
                                    ialah Abang Muzaffar apabila dia mula 
                                    mengubah tanggapannya terhadap Ekran.  


    
                                                - Amalan memaafkan kesalahan orang lain 
                                  terdapat pada diri Azfa Hanani,Ekran,dan 
                                  Ellina.Walaupun dikasari Tengku datuk
                                  Makmur,Datin Maziah,Fuziana,Syafikah,dan
                                  Abang Muzaffar,Azfa Hanani masih mampu
                                  memaafkan semua individu tersebut.Dia masih
                                  mampu berbaik-baik semula dengan mereka,
                                  malah kembali ke rumah Tengku Datuk
                                  Makmur setelah dipujuk dalam satu
                                  perbincangan di jeram di Kampung Merpati.

MEMAAFKAN
ORANG LAIN

                               - Ekran pula bersedia berbaik-baik dengan
                                 Abang Muzaffar biarpun pemuda berkenaan
                                 pernah membakar gerai burgernya yang
                                 memperlihatkan permusuhan yang panjang
                                 sebelum itu.Ellina yang kerap menghadapi
                                 serangan emosi bersedia memaafkan tiga gadis
                                 Glamour Girls penhujung cerita.
                                   

                                      

Azfa Hanani (Teknik Plot)

Dialog                          Pemerian                      Monolog
                                                                        dalaman


                                  Teknik Plot



Ketegangan             Imbas kembali                     Unsur
 (saspens)                                                          kebetulan  



DIOLOG

              Dialog yang digunakan pengarang menjadikan
             novel ini menarik dan hidup dari segi pengolahan
                                  dan pegerakan plot.

"kedua-duanya sekali.Tapi orang yang panjang tangan,kita kenalah kerat sikit.Biar sama macam orang lain,"jawab Kamilah dengan lancar .                      
                                                                         (halaman .7)

           "Maafkan saya."                                     (halaman.41)

           "Majlis dah nak bermula.Nini tunggu siapa lagi n?"
                                                                       (halaman.139)

Pemerian

                    Pengggunaannya penting untuk menjeleskan
                sesuatu sebagai bantuan kepada diolog
                             yang dilafazkan watak.
        
Syafikah dan Fuziana memang sengaja merendah-rendahkan kemampuan orang lain.Sifat semula jadi mereka,begitu antara komen Murni dalam diarinya.....
                                                                        (Halaman.86)

Selesai berkemas,Ekran mengajak aku menjamu selera di sebuah gerai nasi ayam.Pada mulanya,aku menolak tetapi oleh sebab dia bersungguh-sungguh meminta aku menemaninya,aku tidak dapat mencari alasan untuk berkeras.
                                                                       (Halaman.86)

...Di atas bangku panjang itu,Ekran kemudiannya memaklumkan kepadaku bahawa kedua-dua orang tuanya bekerja sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia... 
                                                                      (Halaman.213)

Monolog dalaman        

                Teknik ini digunakan untuk merakamkan gelodak                      batin,isi hati,dan fikiran watak yang tidak
                  dizahirkan dalam bentuk monolog atau dialog.

   Aku terfikir,langkah bagusnya kalau diri ini juga mampu menguasai Bahasa Inggerisdengan baik...
                                                                      (Halaman .83)
    Benarkah suaraku bagus?...
                                                                      (Halaman.85)

...Daripada mana Ekran tahu dan siapa pula yang memberitahu,Murni hanya pandai makan nasi menggunakan sudu dan garpu sahaja?Atau...apakah sebenarnya Ekran memang rapat dengan gadis itu?
                                                                      (Halaman.102)

       Alahai,padanlah!Persatuan Murid Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari sudah termakan budi rupanya.
                                                                      (Halaman.113)

                                                         

Monday 19 September 2011

Azfa Hanani

   Watak utama dalam sebuah novel amat penting dalam menghidupkan sebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua keistimewaan watak tersebut.                      (7 markah)  
         Berdasarkan novel saya kaji iaitu Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.Terdapat dua keistimewaaan watak di dalamnya.
        Watak utama dalam novel tersebut ialah Azfa Hanani. Keistimewaan Azfa Hanani ialah beliau tidak sombong. Contohya, walaupun beliau tinggal dengan selesa dan mewah di rumah Datin Maziah, dia tidak lupa akan asal dirinya. Dia berkawan dengan sesiapa dan seboleh-bolehnya mahu dipanggil dengan nama sebenarnya. Dia juga tidak lupa akan keluarga bapa saudaranya di kampung. Dia mengirimkan wang kepada keluarganya itu setiap bulan.

    Selain itu,dia juga seorang yang penyayang. Contohnya, dia selalu menyayangi sepupu-pupunya, terutamanya Zahidin yang sangat rapat dengannya.Dengan sifat penyayangnya itu, Zahidin selalu mengigau menyebut namanya sepanjang dia berada di Kuala Lumpur.